menjadi semakin popular sebagai rawatan pilihan. Aromatherapy
menggunakan cecair daripada tumbuh-tumbuhan atau pati minyak tumbuhan
dan lain-lain bahan-bahan haruman tumbuh-tumbuhan bagi tujuan
meningkat mood dan kesihatan. Pati minyak tumbuh-tumbuhan yang
digunakan dalam Aromatherapy adalah berlainan dalam segi isi kandungan
kimianya apabila dibandingkan dengan produk herba yang lain. Proses
saringan menghasilkan pati minyak ini mengambil phytomolecules yang
ringan.
Aroma haruman wangian yang popular
Eucalyptus
Dapat mengurang rasa tidak selesa yang disebabkan oleh selsema dan
flu, meningkatkan tumpuan dan penafasan. Eucalyptus biasanya
digabungkan dengan peppermint bagi tujuan melegakan salur penafasan
akibat selsema dan flu.
Lavender
Rasa tenang, anti stres dan meningkatkan semangat dan harmoni. Ia
dapat membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.
Teh Hijau
Memulihkan tenaga dan menyegarkan badan. Ia merupakan wangian yang
sesuai untuk semua golongan.
Ros
Meningkat rasa tenang, melegakan stres dan menghasilkan suasana romantik.
Oren
Meningkatkan daya tumpuan, dan wangian umum untuk pelbagai suasana.
Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan wangian oren dapat melegakan
stres.
Lagi di
http://blog.perempuanmelayu
Iklan
Dapat wang di Internet
http://cybermoney2u.blogspot


